Air laut yang jernih seindah senyuman mesra dan minuman sejuk yang dihulurkan. Haruman bunga melur, pepohon kelapa dan laut biru menggamit jiwa.
Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan.
Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik.
Di waktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menebusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis, anemone, dan ikan-ikan yang berwarna-warni
Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse yang karam di sini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya.
Pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu. Oleh kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2km dari pulau.
Pelawat juga dilarang mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut yang lain. Berjaya Resort di sini menawarkan kemudahan padang golf dengan persekitaran yang mempesona.
Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap kali tinjauan biodiversiti dijalankan di kawasan laut tropika Malaysia, jumlah spesis hidupan laut semakin bertambah
Terdapat banyak pusat penyelaman skuba di Malaysia dan kesemuanya mempunyai kelengkapan yang sempurna serta diperakui agensi penyelaman skuba antarabangsa seperti PADI, SSI dan SSAC kerana mengekalkan standard keselamatan dan profesionalisme. Sememangnya kesemua kursus penyelaman skuba di Malaysia juga diiktiraf oleh agensi-agensi tersebut. Sebaik sahaja anda lulus kursus menyelam skuba, pakailah kelengkapan selaman terkini yang boleh didapati di mana-mana pusat penyelaman skuba di sini. Hampir kesemua pulau di sini menawarkan jenis-jenis tapak selaman skuba yang bersesuaian bagi para penyelam yang mempunyai pelbagai tahap pengalaman - dari selaman skuba di laut yang cetek dan mudah hingga ke selaman kapal karam yang lebih rumit.
Memandangkan lokasinya di tengah-tengah lengkungan Indo-Pasifik iaitu kawasan paling kaya dengan biodiversiti laut di dunia, Malaysia juga menawarkan pantai yang putih bersih serta pusat penyelaman profesional untuk keselamatan dan keseronokan para penyelam, sama ada yang mahir mahupun yang masih baru.
Muzium Negeri Terengganu - Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.
Pulau Kapas - Jika anda inginkan destinasi percutian pulau yang sempurna, anda mesti berkunjung ke Pulau Kapas di Terengganu.
Istana Maziah - Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.
Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah yang kecil dan indah terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Pasar Payang
Pasar yang popular ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional dan sayuran tempatan segar yang ditanam sendiri.
Tasik Kenyir
Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merentasi 260,000 hektar.
Pulau Kapas
Jika anda inginkan destinasi percutian pulau yang sempurna, anda mesti berkunjung ke Pulau Kapas di Terengganu.
Malaysia pesat berkembang menjadi salah satu destinasi penyelaman skuba terkemuka di dunia dan mempunyai salah satu habitat laut terkaya di lengkungan Indo-Pasifik. Gandingan biodiversiti hidupan laut yang menakjubkan serta pulau-pulau yang menarik yang dilengkapi dengan pantai yang putih bersih dan air laut yang hangat telah memikat para penyelam untuk kembali berulang-kali.
Tapak-tapak selaman skuba yang popular di sekitar Malaysia menyediakankan pelbagai bentuk dasar laut termasuk terumbu karang, terumbu dinding, rumpunan batu karang serta tapak bagi selaman laut dalam dan selaman kapal karam. Selaman ke dalam laut hangat yang nyaman menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan kepadatan hidupan marin eksotik beraneka warna yang sukar ditandingi di serata dunia. Dari sekumpulan jerung Hammerhead hingga ke kumpulan besar ikan alu-alu dan pelbagai spesis penyu serta keganjilan ikan Frogfish dan Ghost Pipefish, pasti ada sesuatu yang menarik menanti anda.
Taman Tamadun Islam
Mendapat ilham dari Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, pembinaan Kompleks Taman Tamadun Islam ini menjadikan ia senibina terunik di Asia Tenggara.
Hak Cipta Terpelihara (c) 2009 www.itplan.ws